10 pelajar PUO laksana CSR pembersihan penyaman udara masjid, sekolah

GOPENG – Seramai 10 pelajar Politeknik Ungku Omar (PUO) terlibat dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pembersihan penyaman udara di masjid dan Sekolah Kebangsaan Sahom di Kampung Sahom, dekat sini, pada Khamis

Program melibatkan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Penyamanan Udara dan Penyejukbekuan) itu selaras dengan usaha institusi pendidikan berkenaan iaitu pengalaman pembelajaran bersifat teknikal.

“Inisiatif ini memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan kemahiran teknikal mereka dalam bidang penyelenggaraan sistem penyaman udara.

“Penglibatan para pelajar dan tenaga pengajar bukan sahaja memberi impak positif kepada komuniti setempat, malah mengukuhkan hubungan antara institusi pendidikan dan masyarakat,” kata PUO di sini.

Pelajar PUO komuniti penyaman udara sekolah masjid Program teknikal Kejuruteraan masyarakat
Antara peserta pada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pembersihan penyaman udara Politeknik Ungku Omar (PUO) di masjid dan sekolah di Kampung Sahom. Foto PUO.

Program dianjurkan PUO itu mendapat kerjasama Team Centre of Air-conditioning and Refrigeration Politeknik Ungku Omar serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Sementara itu penyelaras program, Dr. Adzuieen Nordin, berkata, program seumapa itu penting dalam membentuk pelajar yang bukan sahaja berkemahiran tetapi turut mempunyai kesedaran sosial yang tinggi.

Malah katanya, penduduk setempat turut menzahirkan reaksi positif kepada PUO atas sumbangan menambah baik kemudahan awam di Kampung Sahom.

“Kami berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

“Melalui program sebegini, kecekapan pelajar dalam bidang teknikal dapat diperhalusi, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran mereka di industri kelak,” tambahnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan: 

PUO dipilih Singapore Polytechnic anjur LeX 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI