11 GRO Thailand dan China ditahan Imigresen ‘malam Jumaat’

IPOH – 11 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak dalam serbuan di salah sebuah pusat hiburan di sini, pada Khamis malam.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, pemeriksaan ke atas premis hiburan terletak di Jalan Raja Dr Nazrin Shah itu diadakan bermula jam 11.30 malam sehingga 1.30 pagi melalui Ops Gegar.

Menurut beliau, seramai 32 warga asing yang berada di premis hiburan berkenaan telah diperiksa anggota JIM Perak.

“Hasil pemeriksaan yang dijalankan didapati seramai 11 wanita terdiri daripada sembila warga Thailand dan dua warga China berusia 21 hingga 37 tahun didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik memeriksa warga asing di pusat hiburan berkenaan. Foto, IHSAN JIM PERAK.

“Kesemua warga asing tersebut ditahan di Depot Imigresen Ipoh, Perak bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut proses undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, semua GRO berkenaan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah.

“Mereka juga turut melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu telah tinggal atau berada di Malaysia selepas tamat tempoh pas sah yang dikeluarkan.

“Selain itu juga mereka melanggar kesalahan di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas yang telah dikeluarkan,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan: 

10 GRO warga asing dicekup imigresen selepas sejam sembunyi dalam bilik rahsia

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI