134 mangsa banjir di Hilir Perak ditempatkan di PPS

IPOH – Seramai 134 mangsa banjir di daerah Hilir Perak ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Padang Tembak, setakat jam 10 malam pada Ahad.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, ia menunjukkan peningkatan berbanding 76 mangsa dari Kampung Batu dan Kampung SC Ayer Hitam ditempatkan di PPS yang dibuka pada jam 10 pagi itu.

Katanya, ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di tiga daerah termasuk Kerian dan Taiping seramai 292 daripada 81 keluarga.

“Di Kerian, PPS SK Changkat Lobak dan PPS SK Parit Haji Aman Bagan Serai masing-masing menempatkan mangsa banjir seramai 58 dan 59 orang.

“Sementara PPS SK Matang di Taiping menempatkan 50 mangsa daripada 15 keluarga semenjak PPS itu dibuka pada Jumaat lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, dua PPS di Hulu Perak iaitu di SK Sri Andika Raja dan SMK Gerik telah ditutup pada jam 1 tengah hari selepas situasi banjir kilat pulih dan mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Banjir Perak: Dua lagi PPS dibuka

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI