80 wartawan cilik bersih pesisir Sungai Rui

GERIK – Seramai 80 pelajar sekolah menengah dan rendah terlibat dalam aktiviti pembersihan pesisiran Sungai Rui, di Dataran Loma dekat sini, pada Sabtu.

Program Inisiatif Eco-Scribes: Wartawan Muda untuk Pemulihan Sungai anjuran bersama Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan Green Growth Asia Foundation (GGAF) itu d isertai pelajar dari dari SK Bongor, SJKC Kuala Rui, SMK Batu 4 serta SMK Bersia Felda.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat Strategik MB Inc., Siti Kamesah Bee Mohd Hashim berkata, ia merupakan kesinambungan penganjuran inisiatif ‘Litter Less Campaign’ yang telah dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan Alam Sekitar (FEE), Denmark, melalui program Wartawan Muda untuk Alam Sekitar (YRE) pada 2 Disember lalu.

wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed bergambar bersama perserta program Inisiatif Eco-Scribes: Wartawan Muda untuk Pemulihan Sungai di Dataran Loma. foto AMIRRUL RABBANI RASHID, 9 DISEMBER 2023.

“Di bawah inisiatif Eco Schools yang digerakkan MB Inc, YRE adalah salah satu daripada modul yang telah dirangka.

“Selain daripada sifat kesukarelawanan, kita juga mahu para pelajar didedahkan dengan bagaimana untuk mengumpul maklumat dan data sebelum ia dibentangkan melalui kaedah laporan berita atau cerita yang semuanya berkaitan dengan alam sekitar.

“Melalui program berkenaan, pelajar ini juga didedahkan bagaimana untuk menyampaikan sesuatu maklumat berdasarkan kepada fakta menerusi kaedah yang menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Inisiatif Eco-Scribes: Wartawan Muda untuk Pemulihan Sungai di Dataran Loma, di sini, pada Sabtu.

wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik wartawan cilik bersih sungai gerik
Para peserta Program Inisiatif Eco-Scribes: Wartawan Muda untuk Pemulihan Sungai anjuran bersama Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan Green Growth Asia Foundation (GGAF). foto AMIRRUL RABBANI RASHID

Ia disempurnakan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Mengulas lanjut, Siti Kamesah berkata, antara matlamat lain yang hendak dicapai melalui program berkenaan adalah mahu mendidik golongan muda terhadap usaha pembersihan dan pemuliharaan sungai.

Selain itu katanya, ia juga bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran berhubung tanggungjawab pemuliharaan sungai dalam kalangan komuniti setempat.

“Amat penting untuk kita mendidik semua pihak terlibat termasuk dalam kalangan guru dan masyarakat setempat terhadap usaha pemeliharaan alam sekitar.

“Program seperti ini tidak akan terhenti di sini sahaja, sebaliknya akan ada lagi penganjuran seumpanya pada masa akan datang,” jelasnya lagi.-MG Perak

Artikel Berkaitan:

Keindahan alam semula jadi batu kapur potensi besar Negeri Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI