MGPerak: Penduduk Pertahan Surau Al-Karamah Berusia Lebih 40 Tahun Dari Diroboh

320

IPOH – Lebih 100 penduduk Kampung Seri Keramat, Pasir Puteh, di sini, memprotes tindakan pemaju yang hadir untuk melaksanakan kerja-kerja pengosongan dan merobohkan Surau Al-Karamah yang sudah lebih 40 tahun bertapak di kampung berkenaan.

Penduduk kampung, kariah dan jawatankuasa surau mula berkumpul sekitar jam 9 pagi dan suasana mula menjadi kecoh dengan kehadiran wakil pemaju dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kemudiannya bertindak memotong bekalan elektrik di surau tersebut. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini