Kes Dd Chronicle: Henti persenda Islam, hina mahkamah

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak membuat laporan polis terhadap pempengaruh media sosial, Dd Chronicle susulan penularan video parodi yang didakwa mempersendakan agama serta menghina mahkamah

Ketua AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly berkata, laporan polis berkenaan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, pada jam 3.26 petang tadi.

“AMK Perak mengecam sekerasnya-kerasnya perbuatan pempengaruh terbabit yang dilihat mempersendakan agama Islam dan menghina mahkamah menerusi video parodi yang disiarkan menerusi akaun beliau di Youtube.

“Ini adalah tindakan yang dibuat secara sengaja dan berniat jahat bagi mengelirukan masyarakat dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan berhubung pembatalan 16 peruntukan kesalahan mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada Jumaat lalu,” katanya kepada media selepas membuat laporan di IPD Ipoh, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Zaim Sidqi berharap pihak polis dapat dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu tersebut mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997 (Akta 559).

“Kami berharap pempengaruh terbabit dikenakan tindakan supaya menjadi pengajaran kepada semua untuk tidak menimbulkan fitnah dan sebarkan maklumat yang salah pada masa akan datang,” ujarnya.

Sebelum ini, Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e, 43, dmendapat kecaman hebat daripada warganet kerana didakwa mempersendakan agama serta menghina mahkamah menerusi video parodi berdurasi tiga minit 55 saat  di Youtube.

Video itu memaparkan Dd Chronicle menyatakan bahawa perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman.

Bagaimanapun, pada Rabu pempengaruh tersebut tampil memberi penjelasan dan mengakui kesilapan berlaku kerana terlepas pandang serta tidak berhati-hati terhadap fakta walaupun hanya untuk video parodi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Komplot guling Kerajaan Perpaduan: AMK Perak buat laporan polis

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI