Jual air terawat: Saarani ingatkan Razman Pulau Pinang ramai penyokong PAS

IPOH – Kerajaan Negeri Perak  kekal dengan pendirian dalam soal menjual sumber air ke Pulau Pinang, tegas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Saarani berkata, selain hanya air yang terawat, proses penjualan air juga harus tertakluk kepada kecukupan air untuk kegunaan domestik terlebih dahulu.

Jelas beliau, ini bermakna, sekiranya keperluan sumber air untuk rakyat Perak masih tidak mencukupi, kerajaan negeri memutuskan untuk tidak menjualnya ke negeri lain.

“Pulau Pinang pula menyatakan persetujuan untuk membeli air terawat dari Perak. Ini tentunya tawaran yang membolehkan Perak mendapatkan sumber pendapatan baru.

“Malah, dengan tidak semena-mena, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah mengumumkan pembukaan Kerian Integrated Green Industrial Park atau KIGIP.

“Maka, sama ada kita menjual air ke Pulau Pinang atau pun tidak, air perlu dipindahkan daripada Sungai Perak kepada loji rawatan air (LRA),” katanya.

jual air perak pulau pinang saarani razman perak menjual air sumber air terawat perak keperluan domestik perak jual air perak pulau pinang saarani razman perak menjual air sumber air terawat perak keperluan domestik perak jual air perak pulau pinang saarani razman perak menjual air sumber air terawat perak keperluan domestik perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi penggulungan pada hari terakhir Mesyuarat Pertama, Tahun Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 FEBRUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika Penggulungan Usul Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, pada Khamis.

Kata beliau, keputusan sama ada Perak hendak menjual air kepada Pulau Pinang atau tidak, kerajaan negeri sememangnya perlu memindahkan air dari Sungai Perak ke kawasan utara negeri untuk menyelesaikan isu pengairan di sekitar Bukit Merah.

Dalam pada itu, Saarani secara sinis mengingatkan Ketua Pembangkang yang juga Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria untuk tidak terlalu berkira dengan penduduk di negeri itu yang memerlukan sumber air.

“Ini kerana di Pulau Pinang pun ramai penyokong PAS. Di Penaga ramai orang PAS, di Pinang Tunggal ramai orang PAS, di Permatang Berangan ramai orang PAS.

“Begitu juga kawasan seperti Pinang Tunggal, Permatang Berangan, Sungai Dua, Permatang Pasir, Sungai Bakap dan Pulau Betong, semua itu adalah kawasan DUN yang dimenangi oleh PAS dalam pilihan raya lalu,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak setuju jual air terawat ke Pulau Pinang – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI