Bangunan baharu Surau al-Karamah yang terletak di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Pengkalan Pertama, dekat sini semakin diimarahkan walaupun ia baru beroperasi sejak kira-kira dua minggu lalu.
Pengerusinya, Rosli Mhd Daud berkata, selain daripada solat jemaah harian, surau berkenaan juga aktif dalam mengadakan aktiviti kemasyarakatan.
Katanya, perancangan pengimarahan surau guat dijalankan selepas 10 barisan ahli jawatankuasa (AJK) dilantik Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) tahun lalu.