MGPerak: Bukit Berekeh Lokasi Ekspedisi Menarik Di Sungai Siput

544

Bukit Berekeh yang memang cukup terkenal dalam kalangan penduduk tempatan akan terus dibangunkan menjadi salah satu produk pelancongan bagi menarik pengunjung dari dalam dan luar negara untuk datang ke sini.

Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan berkata, setiap hujung minggu lokasi tersebut akan menjadi tumpuan pengunjung domestik untuk mendaki bukit setinggi 454 meter dari aras laut itu.

Menurutnya, program Ekspedisi Mendaki Bukit Berekeh Bawong Sungai Siput yang disertai beliau bersama Jabatan Kerajaan Tempatan serta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) pada hari ini memberi peluang kepada 140 pendaki termasuk warga emas berusia 60 tahun ke atas merasai sendiri pengalaman dan cabaran mendaki bukit sehingga ke puncak.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini