Pemilik kilang maut dihempap pintu pagar besi

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas maut dihempap pintu pagar besi di kilang miliknya di kawasan perindustrian Tanah Merah di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata dalam kejadian pada 3.30 petang itu mangsa telah dihempap pagar berkenaan ketika sedang memeriksa dan menolak pintu pagar untuk menutupnya.

“Secara tiba-tiba roda pagar telah terkeluar daripada landasan menyebabkan pintu pagar terbalik dan menghempap keseluruhan badan mangsa.

“Mangsa warga tempatan yang berumur 70 tahun, telah tersepit akibat ditimpa pagar dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Mohd Haki berkata hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau sabotaj dan mayat manga dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk dibedah siasat.

— BERNAMA

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI