KK Mart Bidor dibaling bom petrol: Tiada tangkapan setakat ini – Polis

TAPAH – Tiada sebarang tangkapan dilakukan pihak polis setakat ini susulan insiden bom petrol yang dilempar ke sebuah kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor, dekat sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengesan suspek yang bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan.

“Tiada tangkapan (setakat ini) dan polis memohon untuk orang awam menyalurkan maklumat (sekiranya mempunyai perkembangan terkini berkenaan kejadian itu),” katanya ringkas, pada Rabu.

Terdahulu, media melaporkan kedai serbaneka KK Mart Bidor telah dibaling dengan botol kaca disyaki berisi cecair bahan bakar pada kejadian sekitar jam 5.35 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan berkata, insiden itu dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki yang menaiki kereta awal pagi berkenaan.

Menurut beliau, hasil semakan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai terbabit pihak polis mendapati, sebuah kereta berwarna gelap yang mempunyai pelekat warna merah ‘Lalamove’, telah berhenti di tepi jalan.

Mohd Yusri dilaporkan berkata, seorang lelaki didapati telah turun daripada kenderaan terbabit sebelum membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke kedai, lalu terus beredar dari tempat kejadian. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis buru individu baling molotov cocktail di KK Mart Bidor

KK Mart Bidor dilempar molotov cocktail

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI