PARIT – Lebih 650 peserta terdiri dalam kalangan pelajar sekolah, ketua kampung, agensi kerajaan dan masyarakat setempat hadir memeriahkan Program World #QuranHour di Masjid Radhiatul Mardhiah di sini pada Khamis.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, Khairudin Abu Hanipah berkata, program yang dikendalikan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANP) itu memberi pendedahan luas terutamanya kepada pelajar sekolah merasai pengalaman baharu membaca dan menghayati tadabbur. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak