Aidilfitri: 70 peratus anggota Bomba Perak siap sedia di lokasi risko kemalangan

IPOH – Para petugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak bersiap-siaga untuk Ops Raya bermula 8 hingga 13 April di beberapa lokasi strategik dan berisiko berlaku kemalangan seperti tiga tol utama iaitu di Tol Tapah, Tol Kuala Kangsar dan Tol Kemunting.

Pengarah Bomba Perak, Sayani Saidon berkata, langkah itu bagi meningkatkan tahap kesediaan JBPM sekiranya berlaku sebarang kemalangan dan kecemasan menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

bomba perak anggota bomba pegawai bomba siap sedia hari raya aidilfitri pengarah Jabatan bomba dan penyelamat JBPM Perak Sayani Saidon peratus
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon pada sidang media Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama Media Perak di Ibu Pejabat JBPM Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 4 APRIL 2024.

“Pada masa yang sama juga, Jabatan Bomba telah membuat persediaan dari segi keanggotaan, di mana tahun ini kita memberi sedikit kelonggaran kepada 30 peratus anggota bomba yang bertugas agar diberikan kelonggaran untuk bercuti raya.

“Yang mana 70 peratus lagi akan bersiap sedia untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Majlis Berbuka Puasa Bersama Media Perak, di sini, pada Khamis.

Menurut Sayani, buat masa ini terdapat 1,270 anggota pegawai dan anggota di negeri tersebut.

Sementara itu, dari aspek penguatkuasaan, jabatan bomba telah membuat pemeriksaan di premis-premis perniagaan seperti di pusat membeli belah, hotel dan homestay bagi tempoh bersambung dari perayaan Chinese New Year sehingga musim raya Aidilfitri.

bomba perak anggota bomba pegawai bomba siap sedia hari raya aidilfitri pengarah Jabatan bomba dan penyelamat JBPM Perak Sayani Saidon peratus
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon (tiga,kanan) menyampaikan lemang serta rendang kepada pengamal media pada Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama Media Perak di Ibu Pejabat JBPM Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 4 APRIL 2024.

Sayani berkata, sebanyak 174 buah premis telah diperiksa untuk Pemeriksaan Menghapuskan Bahaya Kebakaran bagi Musim Perayaan.

Ujar beliau, jabatan bomba sudah memeriksa 55 buah pusat beli-belah, 66 buah hotel dan 53 homestay, malah telah mengeluarkan 21 notis atas kesalahan keselamatan kebakaran.

“Ramai yang bercuti duduk di hotel mahupun di homestay, jadi kita panjangkan (tempoh) penguatkuasaan untuk pemeriksaan bagi memastikan keselamatan pelanggan yang hadir di premis-premis mereka.

“Tetapi kami tidak boleh membuat pemeriksaan secara berterusan dari rumah kediaman kerana rumah kediaman adalah tanggungjawab masyarakat dan individu sendiri,” katanya lagi.

bomba perak anggota bomba pegawai bomba siap sedia hari raya aidilfitri pengarah Jabatan bomba dan penyelamat JBPM Perak Sayani Saidon peratus
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon (kanan) menyampaikan lemang serta rendang kepada pengamal media pada Majlis Ramah Mesra dan Berbuka Puasa bersama Media Perak di Ibu Pejabat JBPM Perak. Foto ABDULLAH YUSOF, 4 APRIL 2024.

Justeru Sayani menyeru dan mengajak masyarakat untuk lebih cakna dan lebih peka dari segi aspek keselamatan dirumah.

Masyarakat perlu tahu konsep dan fungsi alat-alat khas keselamatan kebakaran supaya jika berlaku kebakaran, masyarakat tidak cemas dan tahu apa yang perlu dilakukan.

“Sekurang-kurangnya satu buah rumah dilengkapi dengan alat pemadam api, pengesan asap dan selimut api kerana itu adalah antara alat-alat asas untuk pemadaman diperingkat awal,” katanya. – MG Perak.

 

Artikel Berkaitan:

400 lemang disedia pada Majlis Berbuka Puasa Bomba, Media Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI