Empat lelaki warga Pakistan merusuh, pukul pemandu Proton Saga direman empat hari

TELUK INTAN – Empat lelaki warga Pakistan yang bertindak merusuh serta memukul pemandu Proton Saga yang menyebabkan kematian tiga rakan mereka direman selama empat hari sehingga Isnin.

Majistret T Ashvinii  mengeluarkan perintah tahanan reman itu di Mahkamah Majistret Teluk Intan di sini, pada Jumaat.

Perintah tahanan reman itu dibuat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga suspek masing-masing berusia antara 24 hingga 49 tahun dan bekerja sebagai buruh sawit itu ditahan pada 4.20 petang semalam, selepas pemandu Proton Saga terbabit membuat laporan polis selepas dia cedera di kepala akibat dipukul.

Semalam MG Perak melaporkan berlaku insiden pukul memukul melibatkan sekumpulan lelaki susulan kemalangan jalan raya membabitkan tiga lelaki warga Pakistan maut di Kilometer (KM) 16 Jalan Teluk Intan – Bidor, dekat sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian yang turut dirakam menerusi video tular melibatkan pemandu kereta dan empat lelaki dipercayai rakan senegara mangsa.

Katanya, hasil siasatan mendapati kejadian pukul berkenaan berlaku sebaik sahaja selepas nahas itu berlaku namun reda sebaik kehadiran polis di lokasi.

Pemandu kereta berusia 36 tahun yang turut didapati positif Ganja telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu sekitar jam 1 tengah hari semalam.

Dalam insiden di Kilometer 16 Jalan Teluk Intan-Bidor, dekat Batu 12 Changkat Jong, di sini, apabila sebuah Proton Saga dipandu suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan terbabas dan melanggar enam warga Pakistan yang sedang berjalan kaki di bahu jalan sehingga menyebabkan tiga daripadanya maut di lokasi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Video tular: Polis kenal pasti empat lelaki Pakistan pukul pemandu kereta

3 warga Pakistan maut dalam perjalanan tunai solat sunat Aidilfitri

Langgar mati tiga lelaki Pakistan: Pembantu kedai makan mengaku salah ambil dadah

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI