Serangan dron dilancarkan ke atas Israel – Stesen televisyen Iran

ISTANBUL – Iran mengumumkan satu serangan dron secara komprehensif ke atas Israel.

Agensi Anadolu berkata stesen telelevisyen Kerajaan Iran pada Sabtu melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran memulakan operasi serangan dron menyasarkan sasaran di dalam wilayah diduduki Israel beberapa minit sebelum pengumuman itu.

Sebelum ini tentera Israel telah mengumumkan serangan dron itu.

Menteri Luar Iran Abdullahian mengumumkan bahawa negaranya memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) mengenai serangannya ke atas Israel.

Dalam hantarannya di laman X , Abdullahian berkata beliau telah berbincang dengan rakan sejawatnya dari Belgium, Belanda dan Pentadbiran Greek Cyprus.

“Serangan rejim Israel ke atas Kedutaan Iran di Damsyik dan pelanggaran undang-undang antarabangsa serta Konvensyen Vienna dibincangkan. Saya menyampaikan pendirian negara saya dan menegaskan amaran yang diperlukan telah disampaikan  kepada AS,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau juga berkata serangan Israel ke atas Gaza turut dibincangkan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov.

— BERNAMA-ANADOLU

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI