Penunggang, pembonceng maut kemalangan

IPOH – Penunggang dan pembonceng sebuah motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di lampu isyarat simpang tiga antara Jalan Jambu berhampiran Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kejadian kira-kira jam 10.38 malam itu mengakibatkan kedua-dua remaja lelaki berusia 17 dan 18 tahun maut di lokasi.

“Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila penunggang dan pembonceng motosikal dari arah Chemor dipercayai telah gagal mematuhi lampu isyarat, sebelum bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran tersebut, mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, pemandu kereta yang dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa yang maut telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan,” jelasnya.

Susulan kejadian itu, beliau meminta orang awam yang menyaksikan kemalangan tersebut untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Jong Pit Chiao di talian 016-884 9163 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga emas maut digilis lori

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI