Mayat lelaki berumur 50 tahun ditemui di Sungai Perak

TELUK INTAN – Mayat warga tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak, ditemui sepasukan bomba sukarela awal pagi tadi.

Komander operasi, Wan Mohamad Zakari Wan Mohamed Nor berkata, mayat mangsa itu berusia 50an itu ditemui jam 7.55 pagi di tebing seberang Pulau Bangau pada jarak 4 km dari radius dia dilaporkan terjatuh.

Menurut beliau, sepasukan 20 anggota bomba diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 2.40 petang, semalam.

Setibanya di lokasi, arahan dikeluarkan untuk membuat pencarian di dalam sungai dengan menggunakan dua buah bot penyelamat dan luas jarak sejauh 2 km.

mayat lelaki 50 tahun usia bomba tepi sungai JBPM bomba Wan Mohamad Zakari Wan Mohamed Nor Teluk Intan
Komander operasi, Wan Mohamad Zakari Wan Mohamed Nor berkata, mayat mangsa ditemui di tebing seberang Pulau Bangau pada jarak 4 km dari radius dia dilaporkan terjun. foto JBPM PERAK

“Operasi mengambil mangsa menggunakan dua buah bot jenis BP 14 & BP 17 ke lokasi kejadian oleh anggota bomba.

“Seterusnya mayat mangsa dibawa ke lokasi Jeti Pokok Asam untuk diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurut beliau, operasi pemadaman turut dibantu 4 Pasukan Penyelamat di Air (PPDA), 2 jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), 5 anggota PDRM serta 3 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan.

“Operasi pencarian tamat jam 9 pagi,”ujar beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiada unsur jenayah mayat lelaki terapung dalam parit

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI