Maritim Malaysia tahan tiga bot nelayan asing

KUALA LUMPUR – Maritim Negeri Sarawak menahan tiga bot nelayan asing Indonesia kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa permit di perairan negara pada kira-kira jam 5.20 pagi, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, kssemua bot-bot itu dikesan KM Tun Fatimah ketika rondaan operasi di kedudukan kira-kira 156 batu nautika Utara Tanjung Po.

“Setelah merapat dan melakukan pemeriksaan, terdapat lapan kru termasuk tekong berada di atas ketiga tiga bot tersebut dan kesemua mereka dalam lingkungan umur di antara 22 hingga 62 tahun,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Kamal Ariffin, pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga bot nelayan asing itu tiada nombor pendaftaran dan berasal dari Indonesia dan kesemua kru bot tidak memiliki pengenalan diri yang sah.

Tambah beliau, kru, bot dan hasil tangkapan ditahan dan diiring ke Jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) untuk disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan negara dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Kamal Ariffin berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM1 juta. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI