KUALA LUMPUR – Tragedi nahas dua pesawat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Kompleks Sukan TLDM, Lumut pagi tadi telah mengorbankan kesemua sepuluh kru.
Kejadian ketika pesawat HOM dan Fennec sedang raptai Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.
Berikut senarai penuh 10 mangsa yang terkorban dalam nahas tersebut seperti yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan.
A) Pesawat HOM (M503-3) – 4 kru dan 3 penumpang
- Komander Muhammad Firdaus bin Ramli TLDM – Pegawai Memerintah Skuadron 503.
- Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin TLDM.
- Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris bin Mohamad Marzukhi TLDM.
- Pegawai Waran II TLR (AQM) Muhammad Faisol bin Tamadun.
- Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi binti Mohd Saedy (Penumpang).
- Bintara Muda TNL Noor Rahiza binti Anuar (Penumpang).
- Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna (Penumpang).
B) Pesawat Fennec (M502-6) – 3 orang kru
- Komander Muhamad Amir bin Mohamad TLDM – Pegawai Memerintah Skuadron 502.
- Leftenan Sivasutan a/l Thanjappan TLDM.
- Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi.
— MalaysiaGazette