Warga asing ditemukan lemas di lombong

BIDOR – Seorang warga asing ditemukan lemas di dalam lombong ketika memancing di Jalan Pasir, Kampung Pahlawan, Bidor, di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pasukan Bomba menerima panggilan daripada pihak polis memaklumkan berkaitan seorang lelaki dewasa dipercayai lemas di lombong kira-kira jam 8.32 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor digerakkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 9.30 pagi.

“Setibanya di lokasi, arahan dikeluarkan untuk membuat pencarian di dalam lombong dengan menggunakan tiga buah bot penyelamat dengan jarak 100 meter dari tebing.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut dibantu oleh Unit K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tiba jam 5.01 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah membuat selaman dan pencarian di dalam air di lokasi mangsa lemas dengan jarak 50 meter dari tebing.

“Mayat mangsa berjaya ditemui pasukan SAR pada jam 7.30 petang dan diserahkan kepada polis.,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bidor dan Teluk Intan tamat jam 7.30 petang,” ujar beliau. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Mayat wanita ditemukan terapung di lombong

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI