Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak di Markas Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 5, di sini, malam tadi.
Keberangkatan baginda ke majlis berkenaan diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sekitar jam 8.30 malam.