Akauntan maut langgar kereta buat pusingan

IPOH – Seorang akauntan maut selepas kereta yang dipandunya melanggar sebuah kereta jenis Peugeot yang terbabas ketika membuat pusingan U di Jalan Dato Seri Ahmad Said, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki warga tempatan berusia 31 tahun itu maut dilokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 8.45 pagi apabila pemandu kereta Peugeot yang merupakan seorang wanita berusia 45 tahun yang membuat pusingan U di simpang antara Jalan Greentown.

“Kereta dipandu Wanita berkenaan kemudiannya hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta yang dipandu mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

pemandu kereta maut selepas berlanggar dengan sebuah kereta yang dipercayai melakukan pusingan U di Jalan Dato Seri Ahmad Said, di sini, pada Isnin.

Tambah beliau, mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian dada.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk proses bedah siasat.

“Manakala, pemandu sebuah lagi kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI