Serangan jantung: Warga emas maut, kereta dipandu terbabas

IPOH – Susulan terkena serangan jantung, seorang lelaki warga emas maut ketika kereta dipandunya terbabas ke atas batu penghadang jalan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Pasir Puteh, dekat sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan mangsa yang berusia 62 tahun itu pada jam 9.50 pagi.

Menurutnya, hasil siastan awal mendapati, warga emas itu sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dari arah Lahat menuju ke Bandar Raya Ipoh.

“Ketika di tempat kejadian, mangsa telah mengalami serangan jantung sebelum kenderaan dipandunya hilang kawalan dan terbabas ke atas penghadang batu antara lorong susur dan lorong kiri jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat serangan jantung,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Tambah Abang Zainal Abidin, hasil semakan juga mendapati mangsa mempunyai sejarah dalam menjalani rawatan sebagai pesakit jantung.

Jelas beliau, mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, Polis Ipoh meminta saksi yang menyaksikan kemalangan ini supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Edwin Tang Chiew Song di talian 016-5506863 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya lagi. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Warga emas hampir 100 tahun maut terjatuh dari tingkat 13

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI