Mahkamah Tinggi Ipoh, pada Selasa menetapkan 30 hari untuk perbicaraan bagi kes pertuduhan seorang pegawai kanan polis membunuh seorang pelajar Tingkatan 5 pada Disember tahun lalu.
Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet menetapkan tarikh perbicaraan berlangsung bermula 4 November tahun ini sehingga 17 Januari 2025.
Pecahan tarikh yang ditetapkan bagi perbicaraan itu adalah pada 4 hingga 8 dan 11 hingga 15 November; 2 hingga 6 dan 9 hingga 13 Disember serta 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Januari 2024.
Hakim turut menetapkan tarikh 1 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta semua pihak diminta menyerahkan afidavit masing-masing.
Terdahulu, tertuduh yang juga pegawai kanan polis berpangkat deputi superintendan (DSP), Mohd Nazri Abdul Razak, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan.