Seorang pekerja swasta dihadapkan di Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas dua pertuduhan membunuh dalam nahas membabitkan tiga kenderaan yang meragut dua nyawa remaja perempuan di Jalan Padang Tembak, di sini Ahad lalu.
Tertuduh, Alex Robert, 28, yang memandu kereta dalam kejadian tersebut mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Naidatul Athirah Azman. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak





