Sultan Perak berkenan rasmi Masjid An-Nur Gua Permai, Kem Syed Putra

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid An-Nur Gua Permai, Kem Syed Putra, di sini pada Jumaat.

Turut berangkat ke majlis Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba baginda sekitar jam 12.45 tengah hari di sambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis perasmian Masjid An-Nur Gua Permai Kem Syed Putra, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 JULAI 2026

Sultan Nazrin kemudian berkenan menyertai bacaan Yasin dan tahlil yang diketuai Pegawai Staf Agama 2 Briged Mejar Hashim Abdul Rahman.

Baginda kemudiannya mendengar khutbah khas Hari Pahlawan yang bertajuk ‘Menghargai Jasa Pahlawan – Mensyukuri Nikmat Keamanan’ yang dibacakan Ketua Pengarah Agama Markas Tentera Darat Brigedier Jeneral Mohd Jihadi Ahmad.

Sultan Nazrin kemudiannya berkenan menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 500 jemaah.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis perasmian Masjid An-Nur Gua Permai Kem Syed Putra, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 JULAI 2026

Usai menunaikan solat Jumaat baginda kemudiannya berkenan menandatangani buku lawatan dan bergambar sebelum berangkat pulang.

Untuk rekod Masjid An-Nur Gua Permai siap dibina pada 29 Dis 2025 dengan kos sebanyak RM5.5 juta dan berkapasiti antara 450 ke 500 jemaah. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI