Karnival Agropelancongan Perak tawar diskaun 70 peratus

LENGGONG – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) akan mengadakan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024) bertempat di Resort Tasik Raban dan kawasan sekitarnya bermula esok 17 hingga 19 Mei.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Datuk Yahanis Yahya berkata, lebih 50 pakej produk agropelancongan ditawarkan berserta potongan harga sehinga 70 peratus kepada para pengunjung .

“Antara pengusaha produk yang menawarkan potongan harga ialah Sunflower Garden, Kuak Hill Resort, Prospek Ladang Rusa Sadang, Kampung Beng Mini Amazon dan Royal Belum Resort.

“Segala persiapan berjalan dengan baik terutamanya penyertaan lebih 100 usahawan dan operator agropelancongan yang sangat memberangsangkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, karnival yang berlangsung julung kali selama tiga hari ini merupakan anjuran Perak SADC bersempena Tahun Melawat Perak 2024.

“Penganjuran ini juga mendapat kerjasama daripada Tourism Perak, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya(MOTAC), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Perak, Majlis Daerah Lenggong dan Majlis Pelancongan Lenggong.

“Sepanjang hujung minggu ini, Resort Tasik Raban akan menjadi tuan rumah kepada Karnival Agropelancongan yang sangat unik dengan pelbagai aktiviti menarik sesuai dengan semua lapisan masyarakat.

“PAC 2024 akan dirasmikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dijangka menarik kehadiran orang ramai dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Indonesia dan Thailand,” katanya.

Sementara itu, Yuhanis berkata, pengunjung bakal menikmati pembelian pada harga rahmah di agro bazar dan berpeluang menyertai pelbagai program menarik yang disediakan.

“Pelbagai program menarik yang disediakan seperti menaiki belon panas, beriadah dengan pelbagai aktiviti sukan lasak dan rekreasi seperti sukan air (kayak,stand-up paddling), flying fox, aktiviti perkhemahan dan karavan.

“PAC 2024 turut disertai pelbagai agensi kerajaan berkaitan agropelancongan dan turut menyediakan peluang padanan perniagaan kepada usahawan yang berminat,”ujarnya. – MG Perak.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI