BUKIT GANTANG – Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah situasi seorang pengusaha kosmetik dan produk herba, Alias Awang, 56, apabila rumah sewanya musnah dihanyutkan air sungai dalam kejadian banjir di Kampung Jelutong, Changkat Ibol, di sini, awal pagi Jumaat.
Beliau yang baharu sahaja bangkit semula dalam perniagaan selepas mengalami kerugian teruk ekoran pandemik Covid-19, kini diuji sekali lagi apabila barangan perniagaan termasuk wang deposit menyewa kedai dan simpanan hanyut dalam kejadian banjir berkenaan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak