Saarani ziarah keluarga Konstabel Ahmad Azza Fahmi

TAPAH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir menziarahi keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar di Kampung Poh, Bidor, dekat sini, pada Sabtu.

Saarani bersama Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin tiba di perkarangan kediaman keluarga Allahyarham sekitar jam 8.40 malam tadi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir menziarahi keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar di Kampung Poh, Bidor.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 MAY 2024.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay; Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri serta Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi

Menteri Besar meluangkan masa sekitar 30 minit dengan menzahirkan takziah dan memberi kata-kata semangat kepada bapa arwah, Azhar Khaiden, 54.

Saarani ziarah keluarga Konstabel Ahmad Azza Fahmi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir menziarahi keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar di Kampung Poh, Bidor, Tapah pada Sabtu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika majlis bacaan tahlil Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar di Kampung Poh, Bidor.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 MAY 2024.

Di samping itu, Saarani dan tetamu lain turut bersama-sama menghadiri majlis tahlil yang dianjurkan ahli keluarga arwah.

Siang tadi, Saarani mengumumkan kerajaan negeri akan memberi sumbangan sebanyak RM5,000 kepada keluarga Allahyarham Ahmad Azza Fahmi.

Saarani ziarah keluarga Konstabel Ahmad Azza Fahmi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir menziarahi keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar di Kampung Poh, Bidor, Tapah pada Sabtu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika majlis bacaan tahlil Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar di Kampung Poh, Bidor.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. Foto ABDULLAH YUSOF, 18 MAY 2024.

Dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru pada jam 2.45 pagi Jumaat, dua anggota polis maut selepas diserang seorang lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Anggota polis maut, Konstabel Ahmad Azza Fahmi, 22 serta Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24.

Sementara seorang anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan, 38, cedera ditembak.

Susulan kejadian itu, polis menahan lima ahli keluarga suspek berusia 19 hingga 62 tahun serta dua individu lain.

Kesemua mereka direman tujuh hari hingga Jumaat depan (24 Mei) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor, dekat sini sementara jenazah Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Gambang di Kuantan, masing-masing pada Sabtu. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Serangan balai polis: Jenazah Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI