Perak tidak anak tirikan kawasan tertentu noktah miskin tegar

LENGGONG – Kerajaan Perak tidak pernah menganaktirikan mana-mana kawasan di negeri ini terutama sekali dalam menoktahkan miskin tegar.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa kawasan pembangkang tidak menerima manfaat daripada peruntukan kerajaan negeri adalah tidak tepat.

Menurut beliau, segala perancangan yang dibuat kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad terus sampai ke akar umbi.

“Apabila dalam Bajet Perak 2024 yang diumumkan pada tahun lalu sebanyak RM1.35 bilion diturunkan untuk pembangunan dan pengurusan ada suara-suara yang menyebut kami dapat apa? Kami tidak dapat apa-apa.

“Ada juga yang berkata kawasan pembangkang tidak dapat apa manfaat dari peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan negeri, maka saya ingin buktikan bahawa kerajaan negeri tidak pernah menganaktirikan mana-mana kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Program Kad Perak Sejahtera (KPS) Daerah Hulu Perak Anjuran Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di Dewan AmanJaya Lawin, Kampung Lawin, di sini.

Mengulas lanjut Salbiah berkata, Program Kad Perak Sejahtera merupakan salah satu bukti bahawa kerajaan negeri serius dalam menoktahkan kemiskinan seluruh negeri tanpa mengira kawasan.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi tumpuan untuk memastikan ‘tagline’ Perak Makmur, Rakyat Sejatera itu benar-benar dapat direalisasikan.

“Maka setiap program yang diatur kerajaan negeru kita akan pastikan ia benar-benar sampai ke kumpulan sasar,” katanya.

Pada majlis sama seramai 55 ketua isi rumah menerima Kad Perak Sejahtera dengan 47 daripadanya merupakan senarai Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar di daerah Hulu Perak. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

MGPerak: Jangan Menangguk Di Air Keruh, 80 Peratus KIR Miskin Tegar Di Perak Berjaya Keluar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI