MGPerak: Tiga Warga Myanmar Mengaku Bersalah Ceroboh Hutan Simpan, Melombong NR-REE

208

Tiga lelaki pendatang tanpa izin (PATI) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan menceroboh Hutan Simpan Bintang Hijau di Hulu Perak dan melakukan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) Disember tahun lalu.

Tertuduh, Ng Mg Win, 28; Ng Win Khin, 36; dan Kyaw Kyaw Sab @ Kyaw Kyaw San, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa dalam bahasa Myanmar di hadapan Hakim, Rohaida Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga lelaki warga Myanmar itu didakwa telah memasuki hutan simpan kekal tersebut tanpa permit memasuki hutan simpan kekal yang sah.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kompartmen 64 & 58 Hutan Simpan Bintang Hijau dalam daerah Hulu Perak jam 3.30 petang, 8 Disember 2023 dan 9 pagi, 9 Disember 2023.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini