4 lelaki tidak mengaku salah cederakan 2 individu, ugut dan cabul

IPOH – Empat lelaki termasuk dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh, pada Jumaat, atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap dua lelaki lain.

Tertuduh, Musraf Mustafa, 22, dan adiknya, Muhammad Yasir Mustafa, 21 serta dua rakan, N Devid, 25; dan K Navin, 22 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Farah Nabihah Mumahad Dan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan terhadap J Navin Kumar, 27, di sebuah rumah di Persiaran Pengkalan Timur 11, Desa Pakatan, dalam Daerah Kinta, pada jam 1.30 pagi, 26 Mei lalu.

Empat lelaki adik beradik Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap dua lelaki lain ugutan jenayah cabul ipoh
Empat lelaki termasuk dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh, pada Jumaat, atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap dua lelaki lain.
Tertuduh, Musraf Mustafa, 22, dan adiknya, Muhammad Yasir Mustafa, 21 serta dua rakan, N Devid, 25, dan K Navin, 22 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Farah Nabihah Mumahad Dan. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAY 2024.

Sementara dalam prosiding sama, Musraf, Muhammad Yasir serta Devid tidak mengaku salah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap J Dheeva Balan, 21, di lokasi, jam dan tarikh sama.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N M Moganaraj Mithra manakala kesemua tertuduh diwakili Peguam, G Harbhajan Singh.

Mahkamah menetapkan wang jaminan masing-masing RM800 setiap seorang tertuduh bagi pertuduhan pertama, dan RM500 bagi pertuduhan kedua dan 14 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kedua-dua kes.

Di kamar berasingan, Musraf mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan kekerasan dengan niat untuk mencabul kehormatan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di lokasi, jam dan tarikh sama.

Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau dengan denda, atau sebat, atau dengan mana-mana dua hukuman berkenaan.

Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus, membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin, manakala tertuduh diwakili Peguam, K Nathan.

Empat lelaki adik beradik Mahkamah Majistret Ipoh pada Jumaat atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap dua lelaki lain ugutan jenayah cabul ipoh
Empat lelaki termasuk dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh, pada Jumaat, atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap dua lelaki lain.
Tertuduh, Musraf Mustafa, 22, dan adiknya, Muhammad Yasir Mustafa, 21 serta dua rakan, N Devid, 25, dan K Navin, 22 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Farah Nabihah Mumahad Dan. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAY 2024.

Selain itu, dalam prosiding berasingan Navin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Dheeva Balan, di lokasi, jam, dan tarikh sama.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S. Punita, lelaki itu didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Navin Kumar dengan mengancam akan membunuh dan membakar mangsa serta rumahnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern, mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau dengan sebat, atau dengan mana-mana dua hukuman berkenaan.

Bagi kesalahan ugutan jenayah, lelaki yang bekerja di pusat cuci kereta didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang diwakili peguam, K. Nathan diikat jamin RM3,200 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kes cederakan ibu: Mahkamah arah lelaki jalani rawatan psikiatri

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI