Sultan Nazrin rasmi Masjid Al-Muhajirin, sertai takbir Aidiladha

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Muhajirin, Kampung Ulu Chepor, Chemor di sini malam ini.

Ketibaan baginda sekitar jam 8.20 malam disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Masjid Al-Muhajirin, sertai takbir Aidiladha
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majis Perasmian Masjid al-Muhajirin di Kampung Ulu Chepor, Chemor, pada Selasa. Turut mengiringi baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 MEI 2026.

Sejurus tiba, Sultan Nazrin berkenan menarik tirai sebagai simbolik perasmian masjid itu disusuli bacaan doa.

Baginda kemudian berkenan menyertai takbir raya sempena Aidiladha serta menunaikan solat Isyak berjemaah bersama 400 jemaah sebelum berangkat pulang pada jam 9.15 malam.

Sultan Nazrin berkenan rasmi Masjid Al-Muhajirin, sertai takbir Aidiladha
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyertai takbir raya bersama 400 jemaah selepas menyempurnakan Majis Perasmian Masjid al-Muhajirin di Kampung Ulu Chepor, Chemor, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 MEI 2026.

Masjid itu mula dibina pada tahun 2018 dan siap pada tahun 2025 dengan kos berjumlah RM6 juta serta mampu menampung kira-kira 1,200 jemaah pada satu-satu masa.

Dibina di atas tanah seluas 1.9 hektar, masjid ini mengamalkan konsep lestari dengan penanaman pelbagai jenis pokok seperti kelapa, matoa dan serai. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin rasmi Masjid Jamek Kampung Jeram

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI