Kerajaan Negeri Perak bersedia untuk memberikan bantuan kepada Muhammad Asyraf Mohd Abdul Aziz, 29, pelajar Malaysia pertama yang menamatkan pengajian dengan cemerlang di peringkat sarjana daripada Kuliah Ulum Islamiah dari Universiti Al-Azhar, Mesir pada tahun lalu.
Anak kelahiran Kampung Parit Abbas, Kuala Kurau itu memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Hadis dengan pangkat Mumtaz namun erpaksa menangguhkan pengajian akibat kekangan kewangan.