MGPerak: Perak Beri Tanah 4 Hektar Bina Pusat Latihan Pengakap

451

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menerusi Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bersetuju memberikan tanah seluas 4.04 hektar yang terletak di antara Tanjung Tualang dan Daerah Perak Tengah bagi membina Pusat Latihan Pengakap Negeri Perak.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Ahmad Azam Shah Abd Majid berkata, setakat ini Pengakap Negeri Perak sudah mengadakan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC yang juga Ahli Majlis Pengakap Negeri Perak Datuk Yahanis Yahya yang bersetuju dan bersedia memajakkan tanah berkenaan selama 40 tahun untuk tujuan tersebut. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini