Lelaki Thailand maut selepas van rempuh belakang treler

MANJUNG – Seorang lelaki warga Thailand maut manakala rakannya cedera selepas van dinaiki mereka dipercayai merempuh belakang sebuah treler di kilometer (KM) 2115.1 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 8.54 malam.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar digerakkan dan tiba di lokasi kira-kira 13 minit kemudian.

“Ketika tiba di lokasi kita mendapati dua lelaki warga Thailand yang menaiki van jenis Toyota terbabit dalam kemalangan itu.

“Seorang mangsa didapati tersepit manakala rakannya hanya mengalami cedera ringan telah keluar sendiri dari kenderaan sebelum bomba tiba.

“Anggota kemudiannya mengeluarkan mangsa yang tersepit dan menyerahkannya kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Bagaimanapun, petugas KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan ke pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.55 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Dua maut, seorang parah nahas babit lima sekeluarga

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI