Perak mohon bina susur keluar baharu KIGIP ke PLUS

BAGAN SERAI – Kerajaan Negeri Perak berhasrat memohon pembinaan susur keluar baharu dari KIGIP (Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian) ke Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, cadangan pembinaan ini dapat melengkapkan ekosistem pengangkutan kawasan KIGIP dan dapat dipendekkan kurang 10 minit perjalanan.

“Lokasi yang dicadangkan terletak di antara 3.6 km dari Plaza Tol Alor Pongsu arah utara dan ia akan menjadi gerbang masuk utama ke KIGIP.

“Pembinaan interchange baharu ini boleh turut dimanafaatkan oleh penduduk sekitar seperti Bagan Serai, Kampung Sungai Bogak, Kampung Tali Air dan Pekan Simpang Lima, Perak. Penduduk setempat akan mempunyai laluan alternatif terbaik untuk ke Lebuhraya PLUS,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) di Dewan Dato Zainal Abidin Zin, dekat sini, pada Sabtu.

Majlis dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Berita lanjut menyusul. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI