Dua unit bilik asrama SMK Kuala Nerang terbakar

ALOR SETAR – Dua unit bilik asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Khozali berkata kebakaran yang berlaku kira-kira 7.30 pagi itu, tidak melibatkan mangsa.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.37 pagi dan sebaik tiba di lokasi mendapati, berlaku kebakaran pada struktur asrama sekolah yang melibatkan satu bilik penyimpanan barang dan satu bilik air di tingkat tiga.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran dan dua pancutan dari jentera BBP Kuala Nerang dan BBP Pokok Sena. Anggaran kemusnahan kedua-dua unit bilik berkenaan adalah 90 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata api dapat dikawal pada pukul 7.55 pagi dan operasi pemadaman lanjut sedang dijalankan bagi memastikan tiada lagi sisa api kebakaran.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI