Imigresen Perak serbu tiga premis, tahan 33 warga asing

IPOH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak, menahan 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan ke tiga premis perniagaan, sekitar Manjung pada Isnin.

Pengarahnya, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 petang dalam Ops Serkap dan Minyak yang dijalankan Unit Risikan dan Operasi JIM.

Katanya, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 35 orang warga negara asing dan mendapati 33 orang daripadanya telah ditahan dipercayai telah melakukan kesalahan di Bawah akta dan peraturan-peraturan imigresen.

“Kesemua 33 orang warga asing yang ditahan adalah lelaki warganegara Bangladesh berusia antara 25 tahun sehingga 45 tahun.

Imigresen Perak serbu tiga presmis, tahan 33 warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Perak melakukan serbuan ke tiga premis perniagaan sekitar Manjung. Foto IHSAN JIM PERAK

“Kesemua tangkapan ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi tujuan siasatan dan Tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63; Seksyen 15(1) (c) serta dan kesalahan di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Siasatan juga turut dijalankan menjurus di bawah Akta Pemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2002.

“JIM Negeri Perak berharap masyarakat dapat membantu dengan membuat laporan atau aduan bagi membantu JIM membanteras kebanjiran PATI dalam negara ini,”bujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Warga asing sembunyi bawah timbunan besi elak diperiksa JIM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI