Imigresen Perak hantar pulang 61 PATI ke negara asal

IPOH – Seramai 61 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditempatkan di Depot Imigresen Langkap dihantar pulang ke negara asal hari ini.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, proses pemindahan melibatkan tahanan berumur berumur 20 hingga 49 tahun yang terdiri daripada 49 lelaki, 11 wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh bulan.

Katanya, pemindahan dilakukan melalui pintu masuk udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, selepas menjalani hukuman denda dan penjara yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa Kehakiman (Mahkamah PATI).

“Mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta diputuskan pemindahan ke negara asal di bawah akta dan peraturan yang sama.

“Kesemua PATI yang dipindahkan ke negara asal juga telah disenarai-hitamkan bagi mencegah mereka memasuki semula ke negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, program penghantaran pulang merupakan sebahagian daripada aktiviti berterusan penguatkuasaan membenteras PATI yang dijalankan oleh JIM Perak. – MG Perak.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI