IPOH – Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan terbaring dalam keadaan mengiring di atas lantai di sebuah premis persendirian, di Bercham, dekat sini, pada Selasa.
Jasad Yep Nam Meng, 81, ditemukan di koridor tingkat bawah bangunan berkenaan dalam kesan kecederaan pada leher kiri.
Difahamkan, mangsa ditemukan oleh pengawal keselamatan sekitar jam 2 petang yang kemudian menghubungi ambulans untuk bantuan.
Pemeriksaan oleh petugas kesihatan mendapati warga emas itu telah meninggal dunia di lokasi kejadian.
Mayat dengan kesan darah itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dekat sini, untuk bedah siasat.
Difahamkan juga mangsa tinggal di bersendirian dan bekerja sebagai tukang cuci di premis tersebut sejak 10 tahun.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat mangsa.
“Berdasarkan kepada siasatan awal pihak polis mendapati tiada unsur jenayah pada mangsa dan lokasi kejadian, justeru kertas siasatan dibuka di bawah Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi. – MG Perak
Artikel Berkaitan: