KPDN Perak sita biskut guna logo halal tidak sah

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 940 bungkusan biskut pelbagai jenis yang didapati menggunakan logo halal tidak sah pada Khamis.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan oleh pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping di sebuah kilang biskut di sini.

Menurut beliau, siasatan mendapati premis berkenaan mengeluarkan produk biskut dan diedarkan bagi tujuan perdagangan serta jualan sekitar Semenanjung Malaysia dan Sabah.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati Pemeriksaan lanjut ke atas pemilik kilang mendapati sijil halal yang dimiliki telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui.

“Syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun 2020 dan tiada sijil halal yang sah.

“Sebanyak 940 bungkusan biskut pelbagai jenis dan 1,800 pelekat serta bungkusan yang menggunakan logo halal tidak sah dijumpai di dalam premis ketika serbuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Kamalludin berkata, kesemua bungkusan biskut, bungkusan kosong yang dicetak logo halal bernilai RM2,422.80 telah disita untuk siasatan lanjut.

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Perintah (8)(a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI