Penunggang motosikal maut dihentam kereta berpusing

MANJUNG – Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang berpusing akibat kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Batu 16, Ayer Tawar, di sini, semalam.

Mangsa berusia 26 tahun disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan dua buah kereta dan sebuah motosikal ditunggang mangsa.

Menurut beliau, kemalangan berlaku semasa seorang wanita berusia 55 tahun yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Aruz dari arah Changkat Cermin telah membelok ke kanan menuju Changkat Keruing.

“Pada masa yang sama sebuah kereta jenis Proton Iriz dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun dari arah Ayer Tawar yang melalui lampu isyarat telah bertembung dengan Perodua Aruz berkenaan.

“Kejadian itu menyebabkan Proton Iriz berkenaan berpusing dan terkena motosikal ditunggang mangsa yang bergerak dari arah Ayer Tawar menuju ke Changkat Cermin,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, mangsa disahkan maut manakala dua lagi pemandu yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk menerima rawatan lanjut.

“Kes disiasat di Bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal parah tersepit bawah kereta

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI