Lelaki maut, motosikal rempuh kereta di laluan bertentangan

IPOH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta di laluan bertentangan dalam nahas jalan raya dengan di Jalan Lahat-Simpang Pulai, dekat sini, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 8.45 pagi.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 32 tahun dalam perjalanan dari arah Simpang Pulai menghala ke Botani, dekat sini.

Menurut beliau, ketika tiba di lokasi, motosikal yang ditunggang telah terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian hadapan sebuah kereta yang dipandu lelaki tempatan dari arah bertentangan.

“Akibat daripada pelanggaran tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah pada bahagian dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala, pemandu bersama seorang lagi penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Ujar Abang Zainal Abidin, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada dadah ekoran kemalangan jalan raya.

Justeru beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Pada masa sama, beliau memberitahu orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Ipoh, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze, di talian 013-6713177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Masyarakat umum juga dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi menjamin keselamatan diri serta semua pengguna jalan raya,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Seorang lelaki Orang Asli maut, motosikal bergesel dengan treler

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI