IPOH – Seramai 1,471 nelayan darat di Negeri Perak telah mendaratkan 2,695.73 tan metrik hasil tangkapan ikan masing-masing setakat ini.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun, berkata berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perikanan Malaysia, angka itu menunjukkan nilai pendaratan ikan darat tertinggi di negara ini. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak