MGPerak: 300,000 Anak Yatim Ditempatkan Di Rumah Jagaan, Asrama – PEYATIM

141

Dianggarkan lebih daripada 300,000 remaja dan kanak-kanak yatim piatu atau kehilangan penjaga mendapat perlindungan di rumah jagaan serta asrama anak-anak yatim seluruh negara setakat ini.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (PEYATIM), Profesor Datuk Dr Tengku Mahmud Mansor berkata, angka anak-anak yatim yang ditempatkan di premis yang berdaftar dengan persatuan itu semakin meningkat saban tahun.

Tanpa memperincikan lebih lanjut beliau berkata, antara faktor kepada perkara itu adalah kehilangan ibu bapa disebabkan kemalangan jalan raya dan jangkitan wabak COVID-19. – MGPerak

#MalaysiaGazettePerak #MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini