Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC) Perak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menganjurkan pameran perdagangan terbesar bertaraf antarabangsa melibatkan negara China dan Thailand mulai 1 hingga 4 Ogos depan.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, lebih 100 reruai akan menyertai pameran yang diadakan di Stadium Indera Mulia bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam adalah bersempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik antara Malaysia dan China. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak