Kewangan sosial Islam mekanisme imbang kemiskinan global

IPOH – Islam memiliki mekanisme sendiri bagi mengimbangi serta menyediakan keperluan kepada umatnya yang berada dalam kemiskinan dan kesusahan daripada pelbagai latar belakang seluruh dunia.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, sifat dermawan, murah hati serta melakukan amal jariah termaktub dalam asas iman seorang muslim.

Menurut baginda, ia selari dengan hadis masyhur yang bermaksud ‘tidaklah beriman kepadaku orang yang kenyang semalaman sedangkan tetangganya kelaparan di sampingnya, padahal ia mengetahuinya’.

Justeru itu baginda bertitah, mekanisme seperti zakat atau cukai yang diwajibkan kepada umatnya serta wakaf dan sadaqah menggalakkan pemberian sebagai prinsip teras kehidupan Islam.

“Sumbangan zakat global dianggarkan bernilai AS$1 trilion setiap tahun dan jika diamati jumlah tersebut merupakan angka yang mengagumkan.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh.
Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 JULAI 2024.

“Melihat kepada saiz angka berkenaan bagaimana masih ramai di antara saudara-saudara Islam kita masih ada yang bergelut untuk hidup?,” soal baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan Ucaptama Diraja dan Majlis Perasmian Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Bandar Meru Raya, di sini, pada Isnin.

Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Naib Canselor Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof.

Sultan Nazrin bertitah, meskipun kewangan sosial Islam mempunyai jumlah wang yang besar tetapi skala kemiskinan yang diusahakan dalam memeranginya juga luas dengan pelbagai punca kompleks dan bertindih termasuk peperangan, perpindahan, cuaca melampau dan kebuluran.

“Krisis sebegini amat mencabar untuk ditangani kerana terdapat jurang global di antara keperluan pembangunan kemanusian dan pembiayaan di mana kewangan Islam tidak terkecuali.

“Meskipun nilai kewangan sosial Islam secara globalnya besar, negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) hanya mengumpul sebahagian kecil daripada jumlah itu.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh.
Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 JULAI 2024.

“Jumlah tersebut di bawah AS$200 juta atau sekitar 0.02 peratus daripada anggaran akhir yang lebih tinggi bagi nilai zakat global,” titah baginda.

Justeru itu, baginda bertitah, usaha perlu dilaksana dalam menggerakan dana yang diperoleh melalui mekanisma kewangan sosial Islam dan baginda menzahirkan rasa gembira memandangkan sudah ada momentum dalam bidang berkenaan.

Titah baginda, semakin banyak platform digital dan fintech yang membolehkan umat Islam di seluruh dunia menyalurkan zakat (wajib) dan derma sadaqah (secara sukarela).

“Beta berharap ia akan membawa kepada peningkatan pengagihan semula pembiayaan untuk menyokong mereka yang paling memerlukan,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, tindakan daripada pemain besar dalam industri kewangan diperlukan dalam mengatasi masalah yang luas dan mencabar selain berharap kepada peranan individu.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia (WCIT) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina, Ipoh.
Turut hadir, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 JULAI 2024.

“Individu sahaja boleh membuat perbezaan yang besar, namun kita memerlukan usaha berskala besar yang diselaraskan jika benar-benar ingin membasmi kemiskinan multidimensi tegar seluruh dunia.

“Saya berbangga bahawa Malaysia telah menjadi ahli Bank Pembangunan Islam (IDB) selama 50 tahun sejak Bank itu ditubuhkan pada 1975, kerana ini adalah contoh utama organisasi kewangan berskala besar dengan sokongan kemanusiaan terbina dalam strukturnya,” titah baginda.

Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Sedunia kali ke-7 anjuran Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) kali ini membawa tema Together We Stand: Muslims and Global Humanity.

Dianggarkan lebih 1,000 peserta terdiri daripada ulama, pemimpin, intelektual, profesional dan masyarakat akan menghadiri persidangan itu selama tiga hari bermula Isnin hingga Rabu. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

WCIT 2024 bakal himpunkan ulama, intelektual di USAS akhir bulan ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI