Bazar Buku Perak 2024 sasar 30,000 pengunjung

IPOH – Pesta Buku Perak yang kini dikenali sebagai Bazar Buku Perak 2024 menyasarkan kehadiran 30,000 pengunjung sepanjang empat hari bermula 1 Ogos depan.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, program yang dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri itu bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC).

Beliau berkata, acara yang dijadual dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad itu disertai 69 pempamer tempatan dan satu dari Indonesia.

“Di samping itu, terdapat 24 aktiviti di pentas utama dan 19 aktiviti serentak yang menarik. Ia termasuk bicara buku bersama penulis-penulis terkenal antaranya Ustaz Adnin Roslan, Ustaz Dr. Ashraff Amirul, Bonda Nor dan Prof Madya Dr. Yanti Rosli.

“Selain itu, juga diadakan sesi bual bicara bersama panel-panel jemputan terdiri daripada Imam Muda Asyraf, Zarina Zainudin, dan Pemain Sepak Takraw Malaysia dan Perak Bison.

“Bazar Buku Perak 2024 juga mengundang kehadiran penyanyi terkenal tanah air seperti Kumpulan UNIC, Afieq Shazwan dan bekas penyanyi kumpulan May, Muss,” katanya.

Bazar buku perak 2024 bacaan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri pengunjung Khairudin
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah pada sidang media promosi Bazar Buku Perak yang akan berlangsung pada 1-4 Ogos 2024 di Ipoh Convention Centre di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 JULAI 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media Bazar Buku Perak 2024 yang turut dihadiri Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Rafidah Abdul Aziz di Hotel Casuarina@Meru, dekat sini, pada Isnin.

Pada masa sama Khairudin memberitahu, selain daripada tawaran harga istimewa, pengunjung juga yang membuat pembelian bernilai RM50 ke atas berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah.

Di samping itu kata beliau, 1,000 pengunjung terawal di Bazar Buku Perak bakal membawa pulang buku program khas dan hadiah misteri daripada penganjur.

Khairudin, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri turut menganjurkan aktiviti-aktiviti menarik lain seperti pertandingan e-sukan, ChatGPT, bengkel Canva, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), robotik dan sebagainya.

Bazar buku perak 2024 bacaan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri pengunjung Khairudin
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah pada sidang media promosi Bazar Buku Perak yang akan berlangsung pada 1-4 Ogos 2024 di Ipoh Convention Centre di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 29 JULAI 2024.

Ujar beliau, turut diadakan aktiviti bagi pengunjung cilik termasuk kemunculan maskot Didi N Friends serta Upin dan Ipin, sesi bercerita, bengkel mewarna dan doodle atau coret.

“Antara matlamat penganjuran Bazar Buku Perak 2024 adalah kita mahu ia menjadi ‘one stop centre’ atau pusat sehenti kepada pembeli, pembekal serta penerbit buku tempatan mahupun luar negara.

“Selain itu, kita mahu menggalakkan masyarakat untuk menjadikan program ini sebagai satu platform untuk mendapatkan bahan bacaan yang terkini.

“Ia selari dengan hasrat dalam melahirkan masyarakat bermaklumat seiring dengan tema program iaitu ‘Perak Membaca, Rakyat Sejahtera’,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak rancang bangunkan perpustakaan digital

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI