IPOH – Mahkamah Tinggi Ipoh pada Khamis menetapkan 5 September depan sebagai tarikh baharu pendengaran permohonan jaminan terhadap seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar Tingkatan Lima pada Disember tahun lalu.
Tarikh itu ditetapkan bagi pengurusan kes Mohd Nazri Abdul Razak, 45, di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet. – MGPerak